Wednesday 25 June 2014

Jangan Lupa Catat Ilmu Kamu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya masih lagi diberi izin oleh Allah untuk berkongsi kebaikan dan manfaat kepada para pembaca. Hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang sering diceritakan oleh guru-guru motivasi ketika di bangku sekolah dahulu. 

Saya bukan lah seorang pakar motivasi, cuma ingin mengutarakan cerita ini kerana terdapat beberapa pengajaran yang baik. Sebuah kisah yang berlaku antara seorang ulama' dengan anak muridnya.

Pada satu ketika diceritakan seorang ulama' meminta anak muridnya mengambil raga dan membawanya ke sungai.
Beliau mengarahkan mengambil air dari sungai tersebut untuk menyiram tanaman di kebunnya.
Dengan perasaan jengkel anak murid melakukan apa yang disuruh. Tapi hampa, air yang ditangguk menggunakan raga mengalir keluar. Tak berjaya ditangguk air itu.



Bagaimana mereka hendak menyiram tanaman tanpa dapat takung air menggunakan raga. Anak murid kembali kepada gurunya menyatakan masalah yang dihadapi. Guru hanya mengarahkan anak muridnya kembali menangguk air dengan raga tersebut.
Sekali lagi anak muridnya mengulangi menimba air dengan raga dengan harapan air dapat ditakungnya kali ini. Sekali lagi air tetap tidak boleh ditakung dengan raga.



Anak muridnya kembali kepada gurunya mengadu masalah yang dihadapi. Sekali lagi ulama' tersebut mengarahkan kembali ke sungai dan tangguk air menggunakan raga tadi untuk menyiram tanamannya.
Sekali lagi anak muridnya sangat hampa kerana air tetap tidak boleh ditakung dalam raga.
anak muridnya kembali kepada gurunya untuk kali ke-3, mengadu masalah yang sama seperti tadi. Air tetap tidak boleh ditakung.
Ulama' tersebut sekali lagi meyuruh anak muridnya menangguk air menggunakan raga yang sama sehingga terbit perasaan marah yang membuak-buak. Mana mungkin air dapat ditakung kerana raga banyak lobang-lobang. 

Kali ini apabila anak muridnya datang mengadu kepadanya, ulama' ini menyatakan

Tahukah kamu apa pengajarannya?

Air itu ibarat Ilmu....
Raga itu Ibarat Alatan........

Dalam mencari Ilmu perlukan alatan yang sesuai.
Raga adalah Alatan yang tidak sesuai untuk menimba.

Pada kebiasaannya anak muridnya datang menuntut Ilmu dengan dengan lenggang kangkung tanpa membawa sebarang alatan sedangkan alatan menuntut Ilmu adalah BUKU CATATAN dan PENA.




Sekiranya tanpa ALATAN, Ilmu yang ditimba akan mengalir begitu saja.



Oleh itu, kita hendaklah mambawa bersama kita ALATAN TULIS  dan BUKU bagi memudahkan kita mencatat segala ilmu semasa kita berada di majlis ilmu. Mendengar dengan teliti dan rakamkan ia di dalam buku. Mana mungkin kita sanggup membiarkan saja ilmu tersebut hilang tanpa disimpan. Rugi ohhh!!


"Eh Imam Syafie tak bawa apa2 pon pergi majlis ilmu". Hai, jangan samakan Imam Syafie dengan kita. Beliau tak bawa apa2 kerana beliau memang datang dari keluarga yang sangat miskin sehingga tidak mampu membeli alatan tersebut tetapi itupun beliau masih mahu menulis dengan hanya menggunakan "jarinya sebagai pena", "air liurnya sebagai dakwat" dan "tapak tangan yang lain sebagai helaian kertasnya" . Allahhhh...

Kita ini pula semiskin beliau ke? sehingga tak mampu untuk mendapatkan sebatang pen atau pencil dan sebuah buku nota kecil untuk mencatat ilmu pengetahuan yang Allah beri ini. Belajar lah menghargai ilmu tersebut yang hakikatnya datang dari Allah dan belajar lah bersyukur kepada-Nya dengan mencatat ilmu tersebut.

Itulah juga yang ditekankan dalam mana-mana Seminar Dr Azizan Osman supaya para peserta membawa BUKU dan PENA semasa seminarnya. Kalau tak bawa...KESIANNNNNNN.....cakap dengan orang sebelah..KESIANNNN..

Teringat juga kata guru saya, orang suka menulis dan mencatat ilmu dan hikmah, seringkali mencatat tak kira jemu dan mencatat segalanya kerana minat pada ilmu...mudahan Allah akan diampunkan dosa jari2 nya..

Catatlah sahaja ilmu yang kamu perolehi tak kira dalam seminar ke, kelas pengajian agama, ceramah motivasi, bahkan khutbah jumaat juga. Ketika di bangku sekolah dahulu, ada ketetapan yang mana setiap akhir bulan hendaklah hantar buku catatan kepada pengetua untuk disemak. Perkara utama yang ingin disemak ialah khutbah jumaat.


Hahaha...tetapi ingatlah Buku dan Pena sangat perlu untuk dibawa bersama..Jadikanlah Buku dan Pena sahabat karib kita...BUKU dan PENA lah kunci kejayaan individu.

Cuba kita amalkan bersama dengan sentiasa ke mana sahaja dengan membawa sebatang pen dan sebuah buku nota kecil. InsyaAllah, jika ada kesempatan saya akan kongsikan pula kebaikan menulis ya. Semoga anda mendapat manfaatnya..maafkan saya kalau ada terkasar bahasa ke..


No comments: