Wednesday 25 June 2014

Jangan Lupa Catat Ilmu Kamu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya masih lagi diberi izin oleh Allah untuk berkongsi kebaikan dan manfaat kepada para pembaca. Hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang sering diceritakan oleh guru-guru motivasi ketika di bangku sekolah dahulu. 

Saya bukan lah seorang pakar motivasi, cuma ingin mengutarakan cerita ini kerana terdapat beberapa pengajaran yang baik. Sebuah kisah yang berlaku antara seorang ulama' dengan anak muridnya.

Pada satu ketika diceritakan seorang ulama' meminta anak muridnya mengambil raga dan membawanya ke sungai.
Beliau mengarahkan mengambil air dari sungai tersebut untuk menyiram tanaman di kebunnya.
Dengan perasaan jengkel anak murid melakukan apa yang disuruh. Tapi hampa, air yang ditangguk menggunakan raga mengalir keluar. Tak berjaya ditangguk air itu.



Bagaimana mereka hendak menyiram tanaman tanpa dapat takung air menggunakan raga. Anak murid kembali kepada gurunya menyatakan masalah yang dihadapi. Guru hanya mengarahkan anak muridnya kembali menangguk air dengan raga tersebut.
Sekali lagi anak muridnya mengulangi menimba air dengan raga dengan harapan air dapat ditakungnya kali ini. Sekali lagi air tetap tidak boleh ditakung dengan raga.



Anak muridnya kembali kepada gurunya mengadu masalah yang dihadapi. Sekali lagi ulama' tersebut mengarahkan kembali ke sungai dan tangguk air menggunakan raga tadi untuk menyiram tanamannya.
Sekali lagi anak muridnya sangat hampa kerana air tetap tidak boleh ditakung dalam raga.
anak muridnya kembali kepada gurunya untuk kali ke-3, mengadu masalah yang sama seperti tadi. Air tetap tidak boleh ditakung.
Ulama' tersebut sekali lagi meyuruh anak muridnya menangguk air menggunakan raga yang sama sehingga terbit perasaan marah yang membuak-buak. Mana mungkin air dapat ditakung kerana raga banyak lobang-lobang. 

Kali ini apabila anak muridnya datang mengadu kepadanya, ulama' ini menyatakan

Tahukah kamu apa pengajarannya?

Air itu ibarat Ilmu....
Raga itu Ibarat Alatan........

Dalam mencari Ilmu perlukan alatan yang sesuai.
Raga adalah Alatan yang tidak sesuai untuk menimba.

Pada kebiasaannya anak muridnya datang menuntut Ilmu dengan dengan lenggang kangkung tanpa membawa sebarang alatan sedangkan alatan menuntut Ilmu adalah BUKU CATATAN dan PENA.




Sekiranya tanpa ALATAN, Ilmu yang ditimba akan mengalir begitu saja.



Oleh itu, kita hendaklah mambawa bersama kita ALATAN TULIS  dan BUKU bagi memudahkan kita mencatat segala ilmu semasa kita berada di majlis ilmu. Mendengar dengan teliti dan rakamkan ia di dalam buku. Mana mungkin kita sanggup membiarkan saja ilmu tersebut hilang tanpa disimpan. Rugi ohhh!!


"Eh Imam Syafie tak bawa apa2 pon pergi majlis ilmu". Hai, jangan samakan Imam Syafie dengan kita. Beliau tak bawa apa2 kerana beliau memang datang dari keluarga yang sangat miskin sehingga tidak mampu membeli alatan tersebut tetapi itupun beliau masih mahu menulis dengan hanya menggunakan "jarinya sebagai pena", "air liurnya sebagai dakwat" dan "tapak tangan yang lain sebagai helaian kertasnya" . Allahhhh...

Kita ini pula semiskin beliau ke? sehingga tak mampu untuk mendapatkan sebatang pen atau pencil dan sebuah buku nota kecil untuk mencatat ilmu pengetahuan yang Allah beri ini. Belajar lah menghargai ilmu tersebut yang hakikatnya datang dari Allah dan belajar lah bersyukur kepada-Nya dengan mencatat ilmu tersebut.

Itulah juga yang ditekankan dalam mana-mana Seminar Dr Azizan Osman supaya para peserta membawa BUKU dan PENA semasa seminarnya. Kalau tak bawa...KESIANNNNNNN.....cakap dengan orang sebelah..KESIANNNN..

Teringat juga kata guru saya, orang suka menulis dan mencatat ilmu dan hikmah, seringkali mencatat tak kira jemu dan mencatat segalanya kerana minat pada ilmu...mudahan Allah akan diampunkan dosa jari2 nya..

Catatlah sahaja ilmu yang kamu perolehi tak kira dalam seminar ke, kelas pengajian agama, ceramah motivasi, bahkan khutbah jumaat juga. Ketika di bangku sekolah dahulu, ada ketetapan yang mana setiap akhir bulan hendaklah hantar buku catatan kepada pengetua untuk disemak. Perkara utama yang ingin disemak ialah khutbah jumaat.


Hahaha...tetapi ingatlah Buku dan Pena sangat perlu untuk dibawa bersama..Jadikanlah Buku dan Pena sahabat karib kita...BUKU dan PENA lah kunci kejayaan individu.

Cuba kita amalkan bersama dengan sentiasa ke mana sahaja dengan membawa sebatang pen dan sebuah buku nota kecil. InsyaAllah, jika ada kesempatan saya akan kongsikan pula kebaikan menulis ya. Semoga anda mendapat manfaatnya..maafkan saya kalau ada terkasar bahasa ke..


Tuesday 24 June 2014

Jom Kenal Kebaikan Kalsium



Assalamualaikum. 

Saya doakan anda sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera. Entry kali ini saya ingin menceritakan sedikit pengetahuan mengenai kalsium. 

Selalunya apabila menyebut mengenai kalsium pasti kita akan kaitkan dengan kekuatan tulang dan gigi. Tahukah anda sebenarnya terlalu banyak fungsi kalsium kepada sistem badan kita? Mari kita sama-sama membacanya!!


10 Kebaikan Kalsium
 
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia. Kebanyakkan wanita mudah untuk mengidap penyakit osteoporosis.


Menguatkan Tulang

Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.




Mencegah Obesiti 

Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. 

Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
 
Melindungi Otot Jantung  


Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. 

Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. 

Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.




Mengelakkan Kanser Kolon  



Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. 

Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. 

Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.   



Mencegah Blues Pra-haid  


Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  

Mencegah Batu Karang   


Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. 

Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. 

Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang. Oleh itu, air hendaklah diminum secara kosisten dan kerap agar memudahkan perjalanan kalsium dihantar keluar jika berlebihan.




Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat   

Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.



Kawalan Tekanan Darah   

Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. 

Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. 

Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. 

Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun. 

 
Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat   

Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. 

Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.





Membantu Pengangkutan Nutrien 

Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.


Suplemen kalsium pilihan saya? Sudah pasti lah Shaklee Ostematrix kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif.



Cara memakannya

Makan 4 biji setiap hari - 2 biji selepas makan malam dan 2 biji sebelum tidur. kalau terlupa makan selepas makan malam boleh makan terus 4 biji sebelum tidur. kenapa pulak makan sebelum tidur.





Nak order dengan kami Ostematrix? Boleh...kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan...hehehehe.....PM / Whatspp / SMS ye....pembelian dengan kami akan ada EXTRA,EXTRA ye...nak tau apa EXTRA nye...jangan segan2 PM / Whatspp / SMS kami ye.....


Monday 23 June 2014

Suplemen Ke- 4 Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum..

Apa Khabar semua??saya harap anda semua berada dalam keadaan baik dan sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit fakta dan ilmu pengetahuan mengenai kehebatan produk shaklee.

Alhamdulillah, jika kita lihat di pasaran hari ini terlalu banyak vitamin organic sehingga kita pula berasa pening hendak memilih manakah yang terbaik dan terhebat serta sesuai dengan diri kita sebagai pengguna.

Kadangkala, promosi bagai nak rak menyatakan produk mereka saja yang baik tapi apa buktinya? Setakat cakap-cakap sahaja atau jual air liur mengatakan ini baik itu tak baik.mana bukti kajian mengenai keberkesanannya atau mana testimoni..tup tup merana badan dek kerana termakan pujukan air liur mereka.

Pada kebiasaannya, sekiranya kita mengesyorkan sesuatu produk tentu kawan kita akan bertanya " Best sangat ke produk ni", " Hebat sangat ke? " , " Berkesan ke?", " Apa side effect dia?", " Dia no berapa dalam dunia?"

Itulah soalan-soalan yang biasa didengari sekiranya mereka belum kenal dengan sesuatu produk.Begitu juga dengan SHAKLEE.

Suplemen SHAKLEE tersenarai dalam RANKED YANG ke-4 Terbaik DI DUNIA. Terbaik di Dunia dan terbaik di bumi ini. Bukan hanya di negara sahaja atau daerah atau hanya jagoan kampung sahaja.

Masih tak percaya lagi ke?? Mari saya tunjukkan senarai 101 jenama produk supplemen mengikut ranking

Vitamin yang terbaik adalah vitamin yang melebihi skor 8.0. Namun hanya 8 daripada 101 produk sahaja yang melepasi BENCHMARK dunia ini. Para pengguna dinasihatkan dan disyorkan untuk mengambil produk multivitamin yang melepasi skor 8.0 ke atas.

Sekiranya anda sedang mengambil produk supplimen tertentu, tolong semak ranking produk tersebut di dalam jadual di bawah.

Kemudian, anda fikirlah sendiri...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and BUSINESS 
OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Firdaus 
Shaklee ID 1145815
017-6976162 (whatsapp/line/sms)



---------------------------------------------------------------------------------

We analysed 101 multivitamin products were and assigned each of them a score from 0 to 10, 10 being the highest. A score of 8.0 and above is a sign of an excellent product. However, only 8 out of the 101 products were able to surpass this benchmark.

Effectiveness scores of all 101 multivitamin brands (listed in order of their rank)



Company Product Effectiveness Rank
Xtend-Life Total Balance 9.6 1
Douglas Laboratories Ultra Preventive X 9.4 2
USANA Health Sciences Essentials 9.3 3
Shaklee Vitalizer™ Gold 8.9 4
Source Naturals Life Force Multiple 8.7 5
FreeLife Reverse! 8.6 6
Nutrilite (Amway, Quixtar) Double X 8.3 7
Life Extension Foundation Life Extension Mix 8.2 8
Vitamin Research Products Extended Plus 7.9 9
Karuna Maxxum 4 7.9 10
Solgar Omnium 7.8 11
Ultimate Nutrition Super Complete 7.7 12
SportPharma Multiguard 7.6 13
Dr. Julian Whitaker’s Forward Multi-Nutrient 7.6 14
Metagenics Multigenics Intensive Care 7.2 15
Mountain Naturals of Vermont Superior Care 7.1 16
amni Added Protection III 7 17
Purity Products Perfect Multi Focus Formula 7 18
GNC GNC Mega Men Sport 6.9 19
Doctor’s Nutrition Mega Vites Woman 6.8 20
DaVinci Laboratories Spectra Woman 6.8 21
Nutrition Dynamics Optimum Health Essentials 6.8 22
TwinLab Daily One Caps with Iron 6.7 23
FoodScience of Vermont Superior Care 6.6 24
Puritan’s Pride High Potency Ultra Vita Man Time Release 6.5 25
Colgan Institute Formula MCS 6.4 26
Rainbow Light Advanced Nutritional System 6.4 27
NOW Foods Multiple Vitamins – Liquid Gels 6.4 28
EAS Multi-Blend 6.3 29
Mannatech PhytoMatrix 6.2 30
Nature’s Way Alive! Whole Food Energizer 6.1 31
Jean Carper’s Stop Aging Now! 6 32
Natural Factors MultiStart Women’s 5.9 33
Advanced Physician’s Products Maximum MultiVitamin/Mineral without Iron 5.8 34
EcoNugenics Women’s Longevity Rhythms Gold 5.8 35
Solaray Iron-Free Spectro Multi-VIta-Min 5.8 36
Nature’s Blend Vitaminix Ultimate 5.6 37
Pharmanex (Nu Skin) LifePak Prime 5.4 38
Melaleuca Vitality Pak 5.3 39
Herbalife Formula 2 Multivitamin Complex 5.3 40
QCI Nutritionals Ultra Vitality #1 5.2 41
KAL Multiple Energy 5.2 42
Essentials by Megafood Essentials for Life 5.2 43
Optimox Androvite for Men 5.1 44
SupraLife Maxum Essentials 5 45
Jarrow Multi E-Z Powder 5 46
Great Earth TNT – Total Nutrition Tablet 5 47
Nikken Kenzen Mega Daily 4 4.9 48
Garry Null’s Supreme Health Formula 4.8 49
Thorne Research Al’s Formula 4.8 50
Atkins Basic #3 4.7 51
Vitamin World Daily 3 With Antioxidant Factors 4.7 52
PhytoPharmica Clinical Nutrients for Women 4.7 53
Centrum Silver 4.6 54
4Life BioVitamins Type III 4.5 55
Bronson Laboratories Performance Edge for Women 4.5 56
One A Day Essential 4.5 57
Country Life Maxine 4.4 58
Nature Made Multi Complete 4.3 59
Quest Maximum Once A Day 4.2 60
Nature’s Bounty Green Source Vegetarian Formula 4.1 61
Matol Matolife 4.1 62
Greens+ Multi+ 3.9 63
Michael’s Naturopathic Programs for Women 3.8 64
Natrol My Favorite Multiple Original 3.8 65
Nu-life Ultimate One for Men 3.7 66
Jamieson Super Vita-Vim 3.7 67
Walgreens Ultra Choice Premium Women 3.5 68
Swiss Natural Sources Super Adult Chewable 3.4 69
Ripple Creek Mega-100 (Slow Release) 3.3 70
Thompson Human Nature Green Multi 3 71
Safeway Select Super Women’s Multivitamin 2.9 72
Perfect Choice Multivitamin Specially Formulated for Women 2.9 73
Watkins Superfood Multiple 2.8 74
Vitamin Power Power Source 100 2.8 75
Pilgrim’s Silver Stars Multi 2.7 76
Absolute Nutrition Dieters’ Multi’s 2.7 77
Nature’s Sunshine Super Supplemental Vitamins and Minerals 2.7 78
Freeda Vitamins Ultra Freeda Iron-Free 2.7 79
ZonePerfect Multi Vitamin & Mineral 2.6 80
Sisu Only One 2.5 81
Schiff Single Day 2.4 82
Nature’s Plus Uitra One 2 83
Kirkland Signature (Costco) Daily Multi 1.9 84
Sunkist Multi-Men’s 1.7 85
Lifestyles Lifecycles for Women 1.6 86
Western Family Multra Forte 1.3 87
Avon VitAdvance Men’s Complete Multivitamin 1.2 88
Flora MultiCaps 1.2 89
Reliv Classic 1.1 90
Sundown Complete Ultra 0.9 91
YourLife Super Multi with Herbs 0.9 92
Rite Aid Whole Source 0.8 93
21st Century One Daily Maximum 0.7 94
Spring Valley Maximum One Dally 0.6 95
Life Brand Optimum 0.6 96
Good Neighbor Pharmacy Balanced Care Complete Multi 0.6 97
Kroger Advanced Formula Complete 0.6 98
Equate (Walmart) One Daily 0.6 99
Action Labs Essential Nutrients 0.5 100
Geritol Complete 0.4 101