Wednesday 6 August 2014

Pain Killer adalah Pembunuh??

Assalamualaikum..

Salam sejahtera..saya harap anda sihat dan selamat selalu bersama keluarga tersayang..maaflah kerana menunggu terlalu lama untuk entry terbaru saya..

Alhamdulillah, tuhan beri kesempatan lagi untuk berkongsi..kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai pain killer..mengenai cara-cara para wanita menangani masalah sengugut mereka..

Sebelum itu, saya ingin berkongsi sebuah cerita kepada kalian dari sahabat saya. Cerita ini berkisar tentang seorang kakak yang usianya dalam lingkungan 40-an begitu. 



Kakak tersebut merupakan seorang peniaga menjual nasi lemak setiap pagi. Sumber kewangannya dari menjual nasi lemak. Mungkin dari itu, dia menyara keluarganya dan anak-anaknya.

Tapi yang menghairankan mengapa kakak ini akan membuka kedai jualan agak lambat sedikit. Timbul tanda tanya pada diri sahabat saya sehingga membuat sahabat ini ingin sangat mengetahuinya. Lalu bertanya lah ia mendapatkan kepastian. Antara perbualannya,

" kakak, mengapa kadang-kadang kakak buka awal dan terkadangnya buka sedikit lewat? " tanya dia.

" Oh, kakak kena pergi buat dialisis, cuci buah pinggang sebab dah rosak dah, tuh yang kadang-kadang kakak lambat buka kedai. " jawab kakak itu.

" Ya Allah, kenapa boleh jadi begitu? " tanya dia lagi.

" emm sebab dulu masa kakak selalu amik pain killer untuk legakan sakit sengugut ini. Sakit memang hilang bila amik pain killer itu. Tapi rupanya ada kesan jangka panjang yang menyebabkan sakit buah pinggang. " jawab kakak itu.

Ohh Dialisis, Sakitnya Seumur Hidup 

 

Begitulah antara perbualan yang berlaku untuk mengenalpasti persoalan yang bermain di kepala sahabat saya. Lebih kurang itulah kisah kakak tersebut yang terpaksa menjalani kehidupan awal 40-an dengan penyakit itu.

Hmmm, kesian sungguh kakak tersebut. Bayangkan masih ramai yang mengalami sakit yang sama persis kakak itu di luar sana. Bahkan ada yang masih muda dan ketika masih baru menjalani mahligai perkahwinan, masa bahagia bersama suami dan anak-anak.



Pain Killer, Paracetamol dan lain-lain ubat sintetik yang sering digunakan untuk melegakan sengugut. Walaupun dengan dos yang selamat, tetapi ada keburukan pada jangka masa panjang. Ubat sintetik inilah yang akan membunuh buah pinggang dan organ dalaman anda.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui terutama gadis remaja. Kesian masih ramai yang tak tahu dan sungguh kesian kerana yang mereka sangkakan kebaikan Pain Killer sebenarnya menjadi Silent Killer kepada mereka di usia muda, ketika baru hendak mengenal dunia.

Kesiankan Buah Pinggang, Jangan Manjakan Sel Darah Putih

Buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk menapis ubat sintetik tersebut. Mengikut kata-kata Kevin Zahri (Pengamal Kesihatan) yang popular membandingkan air mineral dengan air kosong. Katanya, lebih baik minum air kosong berbanding air mineral kerana mineral dalam air itu masih lagi terpaksa ditapis oleh buah pinggang.



Jadi, cuba bayangkan buah pinggang terpaksa bersusah payah menapis ubat sintetik yang menjadi pembunuh kepada dirinya. Yelah..manja sangat.. asal sakit sikit je, badan panas sikit je, telan paracetamol, telan panadol. manjakan sangat darah putih..

Patotnya biarlah sel darah putih tuh bekerja kerana memang kerjanya melawan penyakit. Ini manjakan sangat sehingga menjadi penyakit kepada diri sendiri apabila sel darah putih menjadi banyak dan akhirnya kena sakit kanser Leukimia. 

Sengugut, tahukah anda??

Tahukah anda, sengugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Sengugut dipanggil "dysmenorrhoea" dalam sains. Terbahagi kepada dua jenis....

Sengugut Primer yang berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim setelah pemeriksaan oleh doktor. Ianya selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.



Sengugut Sekunder adalah disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim, yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Sengugut ini hanya dialami oleh para wanita ye. jangan pula salah faham wahai para lelaki. Teringat masa-masa kakak kena sakit sengugut, berguling-guling, menangis dan baring sahaja sepanjang hari. Wah betapa sakit apabila kena sengugut ni. Sebab tuh orang lelaki tak mengerti dan ada mengelakkan mereka kerana gelagat mereka mengerang kesakitan itu.

Lama-kelamaan barulah saya memahami mengapa terjadi begitu. Barulah timbul rasa kasihan dengan keperitan sakit tersebut. Para suami mesti tahu dan sering berhadapan dengan situasi ketika isterinya menghadapi sengugut tersebut.

Habis tuh nak ganti dengan apa?

Oleh itu, ramai akan bertanya, apa pengganti kepada paracetamol ini.. cadangan saya ialah GLA complex. GLA complex mampu mengantikan Pain Killer yang selama digunakan untuk melawan sengugut. GLA complex menjadi rakan karib yang baik untuk para wanita dalam menjamin kesihatan seorang wanita.

GLA complex diperkaya dengan sumber terbaik Omega 6 dan digabungkan dengan minyak sunflower dan minyak Borage serta vitamin E. 

GLA complex juga terdapat asid gamma linolenik yang biasanya digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Ia juga mampu melindungi dinding arteri dan membantu sistem imun dengan memelihara intergriti sel.

Testimoni









Wah nampak kan. Ianya bukannya bagus untuk sengugut sahaja tetapi membantu menjaga kesihatan dalaman wanita. Dari kitaran haid dan kesuburan wanita. Sangatlah berbaloi. Ia merupakan suatu penawar terbaik untuk menjaga kesihatan para wanita.

Kepada semua para pembaca wanita, lebih-lebih lagi bagi mereka muda remaja. Inilah masa untuk membaiki kesilapan dalam memberikan kesihatan yang baik untuk diri anda. Marilah bertukar kepada suplemen semulajadi yang bebas daripada bahan kimia dan dijamin selamat oleh KKM serta ditanggung halal.

Jom ubah untu kebaikan diri anda..


Hubungi lah:

AHMad FiRdaus 
Shaklee ID 1145815
0176976162
alimboy26@yahoo.com.my
Konsultant Percuma
&
Peluang Berniaga bersama SHAKLEE



Kepada yang mahu mendapatkan ebook percuma
Buku Motivasi Perniagaan



http://www.ebookniaga.com/sorryboss/firdauslegacy



Anda akan terpaksa berhenti kerja!!!





No comments: