Friday 8 August 2014

McDonald Penyokong Israel!!! Mesti Baca!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar semua??pastinya anda semua sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing..ada bekerja, ada yang berniaga dan ada juga menganggur sahaja tanpa pekerjaaan..tak lepas juga ada juga yang masih melanjutkan pelajaran..

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kekejaman rejim zionis yang telah melancarkan serangan kepada sempadan gaza, membunuh penduduk palestin yang tidak bersalah, terdiri daripada anak-anak kecil, orang-orang tua, para wanita serta para remaja baru meningkat naik. 


Manusia yang Hatinya Mati
 
Apalah salah mereka kepada pihak zionis untuk sehingga mereka diperlakukan sebegitu. Kejam sungguh kamu, wahai puak zionis....Kamu yang memulakan serangan, kemudiannya kamu ingin menyalahkan pihak Hamas kerana membalas serangan kepada Israel.

Rejim Zionis, rejim yang tak siuman dan penakut. Sebab apa saya berkata begitu adalah kerana mereka merupakan golongan yang amalkan racism, tiada perikemanusiaan dan mendapat perlindungan dari kuasa besar yang jugak sekutunya.

Si Pencuri !!! Mereka mencuri tanah dalam negara PAlestin lalu bertindak zalim kepada penduduk Palestin. Zionis ingin meggusir rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri. Berbagai-bagai agenda mereka dan sebab mereka melakukan begitu. Sebuah kaum yang tidak ada hati naluri. Hatinya telah mati.



Bukan saya ingin menceritakan mengenai sebabnya di sini, tetapi saya ingin menceritakan tentang aktiviti memboikot ekonomi Israel dan semua syarikat yang menyokong kekejaman rejim itu. Sungguh terharu, kerana masih ada lagi manusia yang ingin membantu rakyat  Palestin.

Sebenarnya jika semua golongan manusia di seluruh dunia yang mempunyai sifat kemanusiaan akan memandang kekejaman terhadap Gaza ini, sesuatu perbuatan yang perlu dibanteras dan dikutuk sekeras-kerasnya. Tanpa perlu melihat kepada aspek keagamaan pun. Emm, agak-agaknya semua manusia tidak suka ditindaskan??


Jom Boikot McDonald
 
Mc Donald adalah antara perniagaan berasaskan makanan yang sedang menghadapi tekanan akibat daripada boikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Boikot secara besar-besaran juga akan dilakukan pada hari esok 8 Ogos 2014. McD ini perlu diboikot kerana dua sebab iaitu kerana menyajikan makanan yang tidak berkualiti dan ianya juga menyumbang kepada Israel dalam melakukan kekejaman terhadap Gaza.


Makanan McD tidak berkualiti??

Chef dari UK, James Oliver, jika anda salah seorang penggemar Channel TLC, Travel and Living sudah semestinya anda akan mengenali beliau. Beliau memang sangat terkenal dalam masakan makanan berkhasiat. Jika anda pernah terdengar dan anda mungkin boleh google balik, James pernah menfailkan saman terhadap McDonald.

James telah memenangi kes saman McDonald tersebut pada tahun 2013. James telah berjaya membuktikan bahawa syarikat McDonald menggunakan peroxide dalam daging proses mereka dan dagingnya juga adalah dari kualiti yang paling rendah yang hanya layak dimakan oleh haiwan ternakan.

Oleh itu, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi juga kerana "they really serve you JUNK food". Seolah-olah menghina anda sebagai pelanggan dan anda semua tidak menyedarinya.

Jika anda memilih makanan berkhasiat, bukan setakat McD tetapi anda juga harus menjauihi restoran makanan segera yang lain.





Emm mungkin ada yang masih meragui, adakah patut kita memboikot McDonald di Malaysia ini. Sedangkan banyak premis perniagaannya dimiliki oleh rakyat Malaysia yang juga memberikan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk rakyat di Malaysia ini.

Betulkah McDonald sokong Rejim Zionis??

Ada yang mengatakan McDonald Malaysia tidak menyumbang kepada kekejaman Israel. Inilah persoalan yang sering diajukan oleh rakyat Malaysia yang masih lagi dahagakan keenakan makanan McDonald yang palsu itu. Tak mengapa, saya akan memberikan mereka akan jawapannya. 



Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan.






Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.




Boikot merupakan Suatu Peperangan!!!


Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.



Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'.

Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan 'manis; ini boycott akan gagal total. tetapi apabila McD senberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.




Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

  
Okay, saya rasa anda semua telah faham mengapa kita harus memboikot McDonald. Mungkin melalui boikot sahaja, usaha sedaya mampu yang boleh dilakukan untuk membantu saudara-saudara Islam di Gaza. 

Selain doa dan derma, aktiviti memboikot ini dapat memberi tekanan kepada pihak Zionis agar memberhentikan peperangan dan mematuhi syarat-syarat Hamas dalam menjaga rakyat mereka.

Saham McDonald Corp. Jatuh Merudum

Hasilnya telah pon terbukti, apabila pelbagai saham syarikat yang menyokong Zionis ini mulai jatuh. Terutama McDonald yang menjadi penyumbang serius kepada kekejaman Zionis itu.




Inilah bukti kejayaan anda atas boikot yang anda semua lakukan secara bersungguh-sungguh. 

 
Jangan mengaku kalah wahai orang Islam, marilah kita bersatu menghalau pembunuh kanak-kanak ini. Kalau boleh kita usir terus dari bumi Malaysia sehingga tiada lagi cawagan McDonald di Malaysia....Amiiin..





Cuba tengok wajah pembunuh ni..perghhhh, seram sungguh..anak-anak kita tengok pun sudah tentu mereka menangis nanti. Bantulah orang-orang Gaza, marilah kita bantu membebaskan mereka. Kita akan kuat jika kita bersatu. Cuba tengok kanak-kanak Gaza, kesian kannn..sanggupkah kita??




Mungkin sampai di sini sahaja, entry kali ini yang mampu saya kongsikan kepada para pembaca. Saya harap entry ini mampu membuka mata hati kita agar sama-sama menanam perasaan cinta akan saudara seakidah kita. Jika ada yang terasa, saya mohon maaf ye....

InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda mengenai boikot dan perkembangan mengenai Gaza setiap minggu, hari Jumaat. Sama-sama kita kongsikan berita mengenai mereka.

Terima Kasih kerana sudi membaca...


Ingin mendapatkan vitamin semulajadi untuk keperluan kesihatan anda,
mahu mendapatkan konsultan percuma..

Sila hubungi saya...
AhMad FiRdaus
Shaklee ID 1145815
0176976162
alimboy26@yahoo.com.my

Anda ingin tahu apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki? Sila download ebook ini, SORRY BOSS !!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Ditulis berdasarkan kisah benar.

Salah satu topik dalam bab ebook ini adalah amalan yang menjemput rezeki datang. Sila DOWNLOAD PERCUMA. KLIK DI SINI





1 comment:

ikhwan nasri said...

Dah tahu itu fitnah dan dusta, kenapa tak minta maaf kat pekerja mcd? Kenapa tak padam posting bodoh kau tu?