Tuesday, 25 November 2014

Latar Belakang Kepercayaan Masyarakat Malaysia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang latar belakang Kepercayaan Masyarakat Malaysia. Saya telah diberi tugasan menulis tentang topik ini, jadi apa lah salah jika saya berkongsi kepada pembaca sekalian. 

Latar Belakang Kepercayaan Masyarakat Malaysia

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang telah menghimpunkan pelbagai kaum, adat dan budaya serta kepercayaan dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak. Antara kaum terbesar di Malaysia ialah Melayu, kemudiannya Cina dan India, ditambah lagi dengan kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.


Mereka mempunyai sejarah yang tersendiri sehingga mengumpulkan beberapa kaum ini dan berjaya membentuk masyarakat majmuk yang harmoni. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yg membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi.

Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931.



Kaum Melayu

Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu dan mereka mempunyai kepercayaan tersendiri. Majoriti masyarakat Melayu ini beragama Islam dan beramal dengan ajaran agama Islam.Agama Islam ialah sebuah agama yang berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Al-Quran menjadi asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat serta panduan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Islam ialah agama yg paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk melahirkan manusia mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percayakepada kekuasan ALLAH semata-mata. 

Selain itu, matlamatnya untuk melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan mereka bahkan melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.





Kepentingan Agama Islam

Namun begitu, masyarakat Jawi ini terkenal dengan sejarah mengenai pengaruh Hindu Buddha di Tanah Melayu. Pemujaan Raja melebih-lebih suatu ketika dahulu dalam masyarakat Melayu menjadi cerminan kepada pengaruh tersebut. Bahkan masyarakat Melayu terkenal dengan amalan khurafat yang terdapat dalam adat kepercayaan mereka, antaranya ialah adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya.

Pentingnya agama Islam ini kepada masyarakat Melayu dalam memimpin mereka ke jalan yang benar. Agama ini telah menjadi panduan masyarakat Melayu dalam perjalanan hidup mereka sehingga meninggalkan adat-adat yang telah bertentang kepada ajaran Islam. 

Masih terdapat adat yang dikekalkan seperti adat membelah mulut, adat melaungkan azan dan iqamah kepada bayi yang baru lahir. Jelaslah disini bahawa masyarakat Melayu telah mengambil nilai-nilai murni yang terdapat dalam ajaran Islam untuk diamalkan sebagai cara hidup mereka yang lebih baik.

Kaum Cina

Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu telah mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Kebanyakan mereka akan membawa bersama agama dan kepercayaan mereka anuti dan kekal beramal tanpa sekatan.  

Antara agama atau kepercayaan yang mereka amalkan oleh masyarakat cina ialah fahaman Taoisme. Fahaman Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai  ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi. Taoisme pernah menjadi agama rasmi negara China dalam abad ke – 7 hingga abad ke – 10 pada masa pemerintahan Dinasti Tang.



Fahaman Confucianisme

Satu anutan yg popular di kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme. 
Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze (Confucius) yang dilahirkan pada tahun 551 S.M dan meninggal dunia pada usia 72 tahun. Antara ajaran yang diterapkan dalam fahaman Confucianisme ialah konsep kekeluargaan dalam Confucianisme yang menyemai kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberat. 

Selain itu, ajaran tersebut juga menerapkan konsep Yin dan Yang. Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini  merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. 



Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap dan pasif. Antara perayaan yang menjadi sambutan kaum Cina ialah perayaan Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, dan Perayaan Kuih Bulan.

Kaum India 

Masyarakat India yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yg diamalkan dari India. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh2 India bermula sebagai pekerja di ladang2 tebu dan kopi di Seberang Prai.

Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama Hindu merupakan sebuah agama yang berkonsepkan tentang kepercayaan kepada banyak Tuhan. Agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak Tuhan. Antara Tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung), dan Siva (Tuhan Pembinasa). 





Selain itu,  agama Hindu juga mempunyai kepercayaan mengenai konsep karma dan kelahiran semula. Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yg terdahulu. Unsur yg menentukan kasta mana yg bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma. 

Sistem Kasta

Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu yang pertama Brahmin, terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta. Kemudiannya ialah Ksyatria yang terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta. 

Selepas itu ialah Vaisya yang terdiri dari rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta. Kemudian yang akhirnya ialah Sudra yang terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.



Antara ciri-ciri kepercayaan di dalam agama Hindu ini ialah mengenai kitab-kitab Veda mereka. Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya. 

Begitulah indahnya variasi dan kemajmukan masyarakat yang ada di Malaysia ini, masing-masing mempunyai keunikan tersendiri yang terdapat dalam adat dan budaya masing-masing. Dengan keharmonian inilah yang akan menguatkan lagi perpaduan di Malaysia, iaitu mereka saling melengkapi dan memahami antara satu sama yang lain. 



Pada masa akan datang, insyaAllah akan disambungkan pula mengenai beberapa etnik dalam masyarakat Sabah dan masyarakat Sarawak yang menambahkan lagi keharmonian kepada Negara Malaysia yang tercinta ini. Mudah-mudahan akan teruslah bersatu masyarakat di Malaysia ini walaupun berbeza adat dan budaya.

Terima kerana sudi membaca....

Ingin mendapatkan vitamin semulajadi untuk keperluan kesihatan anda,
mahu mendapatkan konsultan percuma..

Sila hubungi saya...
AhMad FiRdaus
Shaklee ID 1145815
0176976162
alimboy26@yahoo.com.my 

Anda ingin tahu apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki? Sila download ebook ini, SORRY BOSS !!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Ditulis berdasarkan kisah benar.

Salah satu topik dalam bab ebook ini adalah amalan yang menjemput rezeki datang. Sila DOWNLOAD PERCUMA. KLIK DI SINI




Monday, 11 August 2014

Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

Assalamualaikum,

Apa Khabar semua??

Saya doakan kalian kaya dan bertaqwa, serta berjaya dunia dan akhirat.

Sedar tak sedar, sudah sampai bulan Ogos, semakin dekat dengan penghujung tahun dan semakin dekat juga peperiksaan bagi anak-anak yang di tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5 juga tingkatan 6 atas.

Yang paling dekat sekali adalah bulan September, bulan peperiksaan bagi anak-anak tahun 6 iaitu peperiksaan UPSR. Mungkin mereka sekarang sedang berdebar-debar menunggu saat tersebut.  




Saya percaya, ramai dari kalangan pembaca ini mempunyai anak-anak, anak saudara, anak sahabat, anak jiran atau mungkin adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Hari ini, saya mahu berkongsi bersama kalian semua mengenai beberapa koleksi soalan percubaan UPSR mengikut negeri seluruh Malaysia.

Harapan saya agar perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN UPSR MENGIKUT NEGERI SELURUH MALAYSIA 

Berilah galakan kepada anak-anak kita supaya membuat latihan menggunakan koleksi soalan ini berulang-ulang kali supaya lebih mahir.

Walaupun pada kebiasaanya memang soalan sebegini kelihatan lebih sukar.

Tetapi jika mereka berusaha menjawab soalan ini, sekurang-kurangnya akan memberi keyakinan kepada mereka pada hari kejadian. Haa..itulah lebih mudah bagi mereka.

InsyaAllah, pepatah arab kata, "siapa berusaha, dialah yang akan berjaya"

Pepatah orang putih pula, " Practice makes perfect"

Ini sekadar cadangan saja, saya juga berharap agar para ibu bapa terus memberi semangat pada mereka untuk terus berusaha dan mengajar mereka untuk bertawakal pada Allah SWT setelah berusaha sedaya berupaya.

Ibu bapa juga harus menjaga permakanan mereka agar mengambil makanan yang sihat dan supplemen tambahan yang membantu memberi kecergasan pada fizikal dan kecerdasan pada mental. 

Akhir sekali, saya doakan agar Allah SWT memudahkan segala urusan mereka di dunia dan akhirat.

Terima Kasih..

Friday, 8 August 2014

McDonald Penyokong Israel!!! Mesti Baca!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar semua??pastinya anda semua sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing..ada bekerja, ada yang berniaga dan ada juga menganggur sahaja tanpa pekerjaaan..tak lepas juga ada juga yang masih melanjutkan pelajaran..

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kekejaman rejim zionis yang telah melancarkan serangan kepada sempadan gaza, membunuh penduduk palestin yang tidak bersalah, terdiri daripada anak-anak kecil, orang-orang tua, para wanita serta para remaja baru meningkat naik. 


Manusia yang Hatinya Mati
 
Apalah salah mereka kepada pihak zionis untuk sehingga mereka diperlakukan sebegitu. Kejam sungguh kamu, wahai puak zionis....Kamu yang memulakan serangan, kemudiannya kamu ingin menyalahkan pihak Hamas kerana membalas serangan kepada Israel.

Rejim Zionis, rejim yang tak siuman dan penakut. Sebab apa saya berkata begitu adalah kerana mereka merupakan golongan yang amalkan racism, tiada perikemanusiaan dan mendapat perlindungan dari kuasa besar yang jugak sekutunya.

Si Pencuri !!! Mereka mencuri tanah dalam negara PAlestin lalu bertindak zalim kepada penduduk Palestin. Zionis ingin meggusir rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri. Berbagai-bagai agenda mereka dan sebab mereka melakukan begitu. Sebuah kaum yang tidak ada hati naluri. Hatinya telah mati.



Bukan saya ingin menceritakan mengenai sebabnya di sini, tetapi saya ingin menceritakan tentang aktiviti memboikot ekonomi Israel dan semua syarikat yang menyokong kekejaman rejim itu. Sungguh terharu, kerana masih ada lagi manusia yang ingin membantu rakyat  Palestin.

Sebenarnya jika semua golongan manusia di seluruh dunia yang mempunyai sifat kemanusiaan akan memandang kekejaman terhadap Gaza ini, sesuatu perbuatan yang perlu dibanteras dan dikutuk sekeras-kerasnya. Tanpa perlu melihat kepada aspek keagamaan pun. Emm, agak-agaknya semua manusia tidak suka ditindaskan??


Jom Boikot McDonald
 
Mc Donald adalah antara perniagaan berasaskan makanan yang sedang menghadapi tekanan akibat daripada boikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Boikot secara besar-besaran juga akan dilakukan pada hari esok 8 Ogos 2014. McD ini perlu diboikot kerana dua sebab iaitu kerana menyajikan makanan yang tidak berkualiti dan ianya juga menyumbang kepada Israel dalam melakukan kekejaman terhadap Gaza.


Makanan McD tidak berkualiti??

Chef dari UK, James Oliver, jika anda salah seorang penggemar Channel TLC, Travel and Living sudah semestinya anda akan mengenali beliau. Beliau memang sangat terkenal dalam masakan makanan berkhasiat. Jika anda pernah terdengar dan anda mungkin boleh google balik, James pernah menfailkan saman terhadap McDonald.

James telah memenangi kes saman McDonald tersebut pada tahun 2013. James telah berjaya membuktikan bahawa syarikat McDonald menggunakan peroxide dalam daging proses mereka dan dagingnya juga adalah dari kualiti yang paling rendah yang hanya layak dimakan oleh haiwan ternakan.

Oleh itu, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi juga kerana "they really serve you JUNK food". Seolah-olah menghina anda sebagai pelanggan dan anda semua tidak menyedarinya.

Jika anda memilih makanan berkhasiat, bukan setakat McD tetapi anda juga harus menjauihi restoran makanan segera yang lain.





Emm mungkin ada yang masih meragui, adakah patut kita memboikot McDonald di Malaysia ini. Sedangkan banyak premis perniagaannya dimiliki oleh rakyat Malaysia yang juga memberikan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk rakyat di Malaysia ini.

Betulkah McDonald sokong Rejim Zionis??

Ada yang mengatakan McDonald Malaysia tidak menyumbang kepada kekejaman Israel. Inilah persoalan yang sering diajukan oleh rakyat Malaysia yang masih lagi dahagakan keenakan makanan McDonald yang palsu itu. Tak mengapa, saya akan memberikan mereka akan jawapannya. 



Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan.






Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.




Boikot merupakan Suatu Peperangan!!!


Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.



Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'.

Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan 'manis; ini boycott akan gagal total. tetapi apabila McD senberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.




Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

  
Okay, saya rasa anda semua telah faham mengapa kita harus memboikot McDonald. Mungkin melalui boikot sahaja, usaha sedaya mampu yang boleh dilakukan untuk membantu saudara-saudara Islam di Gaza. 

Selain doa dan derma, aktiviti memboikot ini dapat memberi tekanan kepada pihak Zionis agar memberhentikan peperangan dan mematuhi syarat-syarat Hamas dalam menjaga rakyat mereka.

Saham McDonald Corp. Jatuh Merudum

Hasilnya telah pon terbukti, apabila pelbagai saham syarikat yang menyokong Zionis ini mulai jatuh. Terutama McDonald yang menjadi penyumbang serius kepada kekejaman Zionis itu.




Inilah bukti kejayaan anda atas boikot yang anda semua lakukan secara bersungguh-sungguh. 

 
Jangan mengaku kalah wahai orang Islam, marilah kita bersatu menghalau pembunuh kanak-kanak ini. Kalau boleh kita usir terus dari bumi Malaysia sehingga tiada lagi cawagan McDonald di Malaysia....Amiiin..





Cuba tengok wajah pembunuh ni..perghhhh, seram sungguh..anak-anak kita tengok pun sudah tentu mereka menangis nanti. Bantulah orang-orang Gaza, marilah kita bantu membebaskan mereka. Kita akan kuat jika kita bersatu. Cuba tengok kanak-kanak Gaza, kesian kannn..sanggupkah kita??




Mungkin sampai di sini sahaja, entry kali ini yang mampu saya kongsikan kepada para pembaca. Saya harap entry ini mampu membuka mata hati kita agar sama-sama menanam perasaan cinta akan saudara seakidah kita. Jika ada yang terasa, saya mohon maaf ye....

InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda mengenai boikot dan perkembangan mengenai Gaza setiap minggu, hari Jumaat. Sama-sama kita kongsikan berita mengenai mereka.

Terima Kasih kerana sudi membaca...


Ingin mendapatkan vitamin semulajadi untuk keperluan kesihatan anda,
mahu mendapatkan konsultan percuma..

Sila hubungi saya...
AhMad FiRdaus
Shaklee ID 1145815
0176976162
alimboy26@yahoo.com.my

Anda ingin tahu apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki? Sila download ebook ini, SORRY BOSS !!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Ditulis berdasarkan kisah benar.

Salah satu topik dalam bab ebook ini adalah amalan yang menjemput rezeki datang. Sila DOWNLOAD PERCUMA. KLIK DI SINI





Wednesday, 6 August 2014

Pain Killer adalah Pembunuh??

Assalamualaikum..

Salam sejahtera..saya harap anda sihat dan selamat selalu bersama keluarga tersayang..maaflah kerana menunggu terlalu lama untuk entry terbaru saya..

Alhamdulillah, tuhan beri kesempatan lagi untuk berkongsi..kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai pain killer..mengenai cara-cara para wanita menangani masalah sengugut mereka..

Sebelum itu, saya ingin berkongsi sebuah cerita kepada kalian dari sahabat saya. Cerita ini berkisar tentang seorang kakak yang usianya dalam lingkungan 40-an begitu. 



Kakak tersebut merupakan seorang peniaga menjual nasi lemak setiap pagi. Sumber kewangannya dari menjual nasi lemak. Mungkin dari itu, dia menyara keluarganya dan anak-anaknya.

Tapi yang menghairankan mengapa kakak ini akan membuka kedai jualan agak lambat sedikit. Timbul tanda tanya pada diri sahabat saya sehingga membuat sahabat ini ingin sangat mengetahuinya. Lalu bertanya lah ia mendapatkan kepastian. Antara perbualannya,

" kakak, mengapa kadang-kadang kakak buka awal dan terkadangnya buka sedikit lewat? " tanya dia.

" Oh, kakak kena pergi buat dialisis, cuci buah pinggang sebab dah rosak dah, tuh yang kadang-kadang kakak lambat buka kedai. " jawab kakak itu.

" Ya Allah, kenapa boleh jadi begitu? " tanya dia lagi.

" emm sebab dulu masa kakak selalu amik pain killer untuk legakan sakit sengugut ini. Sakit memang hilang bila amik pain killer itu. Tapi rupanya ada kesan jangka panjang yang menyebabkan sakit buah pinggang. " jawab kakak itu.

Ohh Dialisis, Sakitnya Seumur Hidup 

 

Begitulah antara perbualan yang berlaku untuk mengenalpasti persoalan yang bermain di kepala sahabat saya. Lebih kurang itulah kisah kakak tersebut yang terpaksa menjalani kehidupan awal 40-an dengan penyakit itu.

Hmmm, kesian sungguh kakak tersebut. Bayangkan masih ramai yang mengalami sakit yang sama persis kakak itu di luar sana. Bahkan ada yang masih muda dan ketika masih baru menjalani mahligai perkahwinan, masa bahagia bersama suami dan anak-anak.



Pain Killer, Paracetamol dan lain-lain ubat sintetik yang sering digunakan untuk melegakan sengugut. Walaupun dengan dos yang selamat, tetapi ada keburukan pada jangka masa panjang. Ubat sintetik inilah yang akan membunuh buah pinggang dan organ dalaman anda.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui terutama gadis remaja. Kesian masih ramai yang tak tahu dan sungguh kesian kerana yang mereka sangkakan kebaikan Pain Killer sebenarnya menjadi Silent Killer kepada mereka di usia muda, ketika baru hendak mengenal dunia.

Kesiankan Buah Pinggang, Jangan Manjakan Sel Darah Putih

Buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk menapis ubat sintetik tersebut. Mengikut kata-kata Kevin Zahri (Pengamal Kesihatan) yang popular membandingkan air mineral dengan air kosong. Katanya, lebih baik minum air kosong berbanding air mineral kerana mineral dalam air itu masih lagi terpaksa ditapis oleh buah pinggang.



Jadi, cuba bayangkan buah pinggang terpaksa bersusah payah menapis ubat sintetik yang menjadi pembunuh kepada dirinya. Yelah..manja sangat.. asal sakit sikit je, badan panas sikit je, telan paracetamol, telan panadol. manjakan sangat darah putih..

Patotnya biarlah sel darah putih tuh bekerja kerana memang kerjanya melawan penyakit. Ini manjakan sangat sehingga menjadi penyakit kepada diri sendiri apabila sel darah putih menjadi banyak dan akhirnya kena sakit kanser Leukimia. 

Sengugut, tahukah anda??

Tahukah anda, sengugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Sengugut dipanggil "dysmenorrhoea" dalam sains. Terbahagi kepada dua jenis....

Sengugut Primer yang berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim setelah pemeriksaan oleh doktor. Ianya selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.



Sengugut Sekunder adalah disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim, yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Sengugut ini hanya dialami oleh para wanita ye. jangan pula salah faham wahai para lelaki. Teringat masa-masa kakak kena sakit sengugut, berguling-guling, menangis dan baring sahaja sepanjang hari. Wah betapa sakit apabila kena sengugut ni. Sebab tuh orang lelaki tak mengerti dan ada mengelakkan mereka kerana gelagat mereka mengerang kesakitan itu.

Lama-kelamaan barulah saya memahami mengapa terjadi begitu. Barulah timbul rasa kasihan dengan keperitan sakit tersebut. Para suami mesti tahu dan sering berhadapan dengan situasi ketika isterinya menghadapi sengugut tersebut.

Habis tuh nak ganti dengan apa?

Oleh itu, ramai akan bertanya, apa pengganti kepada paracetamol ini.. cadangan saya ialah GLA complex. GLA complex mampu mengantikan Pain Killer yang selama digunakan untuk melawan sengugut. GLA complex menjadi rakan karib yang baik untuk para wanita dalam menjamin kesihatan seorang wanita.

GLA complex diperkaya dengan sumber terbaik Omega 6 dan digabungkan dengan minyak sunflower dan minyak Borage serta vitamin E. 

GLA complex juga terdapat asid gamma linolenik yang biasanya digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Ia juga mampu melindungi dinding arteri dan membantu sistem imun dengan memelihara intergriti sel.

Testimoni









Wah nampak kan. Ianya bukannya bagus untuk sengugut sahaja tetapi membantu menjaga kesihatan dalaman wanita. Dari kitaran haid dan kesuburan wanita. Sangatlah berbaloi. Ia merupakan suatu penawar terbaik untuk menjaga kesihatan para wanita.

Kepada semua para pembaca wanita, lebih-lebih lagi bagi mereka muda remaja. Inilah masa untuk membaiki kesilapan dalam memberikan kesihatan yang baik untuk diri anda. Marilah bertukar kepada suplemen semulajadi yang bebas daripada bahan kimia dan dijamin selamat oleh KKM serta ditanggung halal.

Jom ubah untu kebaikan diri anda..


Hubungi lah:

AHMad FiRdaus 
Shaklee ID 1145815
0176976162
alimboy26@yahoo.com.my
Konsultant Percuma
&
Peluang Berniaga bersama SHAKLEE



Kepada yang mahu mendapatkan ebook percuma
Buku Motivasi Perniagaan



http://www.ebookniaga.com/sorryboss/firdauslegacy



Anda akan terpaksa berhenti kerja!!!





Monday, 14 July 2014

Piala Dunia Ajar Kita Untuk Redha

Assalamualaikum..

Salam Ceria semua. Maaflah kerana terlalu lama saya sudah mendiamkan diri dek kerana sibuk dgn beberapa urusan.

Ahamdulillah hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang piala dunia Brazil edisi 2014. Berkongsi serba sedikit mengenai suka duka yang berlaku di dalam event terbesar dunia ini. Piala dunia Brazil kali ini disertai oleh 32 pasukan terbaik dunia bagi merebut gelaran terbaik dunia itu. Antaranya ialah Brazil, Germany, Holland, Argentina, Costa Rica dan etc.



Sepanyol pulang awal

Pelbagai perkara yang telah berlaku untuk edisi piala dunia Brazil 2014 kali ini yang sempat saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Yakni dunia dikejutkan lagi apabila pasukan juara dunia edisi lepas iaitu Sepanyol telah menampilkan aksi yang lemah longlai sehingga diaibkan oleh Belanda di peringkat kumpulan lagi.



Belanda membelasah 5 berbalas 1 kepada Sepanyol bahkan terus terpalit malu apabila mereka terus kalah dengan negara Chile dengan 2-0. Sekaligus mematikan impian mereka untuk melangkah lebih jauh serta Sepanyol harus pulang lebih awal. Rakyatnya sungguh kecewa dengan prestasi pasukan harapan mereka mempamerkan aksi yang hambar.

Brazil Dimalukan Germany

Kemudian, saya ingin kongsikan kepada mengenai pasukan Brazil, pasukan tuan rumah kali ini diaibkan oleh Germany dengan begitu teruk. Mereka dibelasah sebanyak 7-1, iaitu 5 gol dijaringkan oleh Germany oleh separuh masa pertama dan 2 gol dijaringkan pada separuh masa kedua. 



Gol sagu hati yang disumbangkan oleh Oscar,pemain Brazil ketika perlawanan berbaki beberapa minit sahaja lagi yang tidak lagi mampu mengubah apa-apa. Ada mengata Brazil kalah kerana tiada Thiago Silva dan Neymar yang bermain dalam perlawanan tersebut.



Thiago Silva terlepas perlawanan tersebut kerana mendapatkan kad kuning yang kedua dan nasib buruk Neymar yang dihadapinya apabila beliau mengalami keretakan tulang belakangnya yang mungkin juga akan memusnahkan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Ada pula mengatakan sihir-sihir Brazil semuanya telah berpatah balik kepada pemain Brazil sehingga menghalang mereka untuk beraksi cemerlang. Haha adakah betul atau tidak, tidak saya ketahui. Mengikut kepada pengulas bola sepak begitulah hendaknya.

Namun begitu kesedihan mereka semestinya tidak dapt dibedung lagi kerana selaku tuan rumah sudah pastinya mereka menginginkan kemenangan di pihak mereka. Seperti kata-kata David Luiz di dalam tangisannya, " Saya hanya mahu membawa pulang kejayaan dan kegembiraan untuk orang saya (rakyat Brazil).




Suka buat Germany, Duka buat Argentina

Satu lagi kisah yang ingin saya kongsikan ialah perlawanan akhir piala dunia Brazil 2014 pada pagi tadi di antara pasukan Germany dengan pasukan Argentina, kemenangan telah memihak kepada pasukan Germany. Perlawanan akhir ini seolah-olah menjadi ulangan kepada akhir pada 1990 yang mana Argentina turut tumpas kepada Germany pada keputusan yang sama yakni 1-0.



Perlawanan akhir kali ini begitu mendebarkan kerana kedua-dua pasukan bermain dengan begitu baik dan mempunyai banyak peluang terhidang di hadapan pintu gol. Namun, jaringan Mario Gotze pada minit 113 telah menentukan pasukan Germany lebih layak menjadi juara dunia. 

Pasukan Germany meraihkan kejayaan mereka dengan begitu gembira dan mendedikasikan kejayaan mereka itu hanya untuk rakyat Germany. Mereka bersorak gembira, menjulang piala tersebut serta bergambar bersama seluruh pasukan mereka.



Kemenangan buat pasukan Germany. Sudah pastinya, suka buat Germany, tetapi duka buat Argentina kerana penantiannya selama 24 tahun tidak berjaya dilunaskan dengan kejayaan.



Tampak kesedihan di wajah pemain-pemain Argentina dan seluruh rakyatnya. Hero mereka, Lionel Messi tidak berjaya membawa piala dunia ke tanah air. Beliau begitu sedih kerana hanya itu kesempatan yang pasti ada untuk membawa piala tersebut pulang. 



Walaupun beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik piala dunia Brazil 2014, anugerah itu bukan lagi berharga bagi kerana masih tidak dapat memenuhi hasrat seluruh rakyat untuk membawa pulang piala itu. Beliau sangat sedih sehingga tidak lagi mampu senyum di wajahnya.

Redha atas ketentuan Illahi

Oleh itu, ' the moral of story ' ialah kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh, sedaya upaya, 100% all out untuk mengejar impian kita. Selebihnya kita menyerahkan segalanya kepada Allah selepas tiada daya lagi yang mampu diusahakan.

Tak kiralah sesusah mana atau sesukar manapun impian itu, yang penting kita telah berusaha yang terbaik. Setelah itu, redha atas apa yang telah Allah berikan dan Allah tetapkan pada kita ialah itulah yang terbaik untuk kita. Kerana sangat mustahil untuk Allah berlaku zalim pada hambanya.

Itulah bezanya kita dengan Messi, Neymar dan seluruh rakyat Argentina dan Brazil kerana kita ada Allah yang sentiasa akan ada untuk kita. Emm itulah sedikit pengajaran yang mampu saya kongsikan. Alhamdulillah..