Monday, 11 August 2014

Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

Assalamualaikum,

Apa Khabar semua??

Saya doakan kalian kaya dan bertaqwa, serta berjaya dunia dan akhirat.

Sedar tak sedar, sudah sampai bulan Ogos, semakin dekat dengan penghujung tahun dan semakin dekat juga peperiksaan bagi anak-anak yang di tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5 juga tingkatan 6 atas.

Yang paling dekat sekali adalah bulan September, bulan peperiksaan bagi anak-anak tahun 6 iaitu peperiksaan UPSR. Mungkin mereka sekarang sedang berdebar-debar menunggu saat tersebut.  




Saya percaya, ramai dari kalangan pembaca ini mempunyai anak-anak, anak saudara, anak sahabat, anak jiran atau mungkin adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Hari ini, saya mahu berkongsi bersama kalian semua mengenai beberapa koleksi soalan percubaan UPSR mengikut negeri seluruh Malaysia.

Harapan saya agar perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN UPSR MENGIKUT NEGERI SELURUH MALAYSIA 

Berilah galakan kepada anak-anak kita supaya membuat latihan menggunakan koleksi soalan ini berulang-ulang kali supaya lebih mahir.

Walaupun pada kebiasaanya memang soalan sebegini kelihatan lebih sukar.

Tetapi jika mereka berusaha menjawab soalan ini, sekurang-kurangnya akan memberi keyakinan kepada mereka pada hari kejadian. Haa..itulah lebih mudah bagi mereka.

InsyaAllah, pepatah arab kata, "siapa berusaha, dialah yang akan berjaya"

Pepatah orang putih pula, " Practice makes perfect"

Ini sekadar cadangan saja, saya juga berharap agar para ibu bapa terus memberi semangat pada mereka untuk terus berusaha dan mengajar mereka untuk bertawakal pada Allah SWT setelah berusaha sedaya berupaya.

Ibu bapa juga harus menjaga permakanan mereka agar mengambil makanan yang sihat dan supplemen tambahan yang membantu memberi kecergasan pada fizikal dan kecerdasan pada mental. 

Akhir sekali, saya doakan agar Allah SWT memudahkan segala urusan mereka di dunia dan akhirat.

Terima Kasih..

No comments: