Monday, 14 July 2014

Piala Dunia Ajar Kita Untuk Redha

Assalamualaikum..

Salam Ceria semua. Maaflah kerana terlalu lama saya sudah mendiamkan diri dek kerana sibuk dgn beberapa urusan.

Ahamdulillah hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang piala dunia Brazil edisi 2014. Berkongsi serba sedikit mengenai suka duka yang berlaku di dalam event terbesar dunia ini. Piala dunia Brazil kali ini disertai oleh 32 pasukan terbaik dunia bagi merebut gelaran terbaik dunia itu. Antaranya ialah Brazil, Germany, Holland, Argentina, Costa Rica dan etc.



Sepanyol pulang awal

Pelbagai perkara yang telah berlaku untuk edisi piala dunia Brazil 2014 kali ini yang sempat saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Yakni dunia dikejutkan lagi apabila pasukan juara dunia edisi lepas iaitu Sepanyol telah menampilkan aksi yang lemah longlai sehingga diaibkan oleh Belanda di peringkat kumpulan lagi.



Belanda membelasah 5 berbalas 1 kepada Sepanyol bahkan terus terpalit malu apabila mereka terus kalah dengan negara Chile dengan 2-0. Sekaligus mematikan impian mereka untuk melangkah lebih jauh serta Sepanyol harus pulang lebih awal. Rakyatnya sungguh kecewa dengan prestasi pasukan harapan mereka mempamerkan aksi yang hambar.

Brazil Dimalukan Germany

Kemudian, saya ingin kongsikan kepada mengenai pasukan Brazil, pasukan tuan rumah kali ini diaibkan oleh Germany dengan begitu teruk. Mereka dibelasah sebanyak 7-1, iaitu 5 gol dijaringkan oleh Germany oleh separuh masa pertama dan 2 gol dijaringkan pada separuh masa kedua. 



Gol sagu hati yang disumbangkan oleh Oscar,pemain Brazil ketika perlawanan berbaki beberapa minit sahaja lagi yang tidak lagi mampu mengubah apa-apa. Ada mengata Brazil kalah kerana tiada Thiago Silva dan Neymar yang bermain dalam perlawanan tersebut.



Thiago Silva terlepas perlawanan tersebut kerana mendapatkan kad kuning yang kedua dan nasib buruk Neymar yang dihadapinya apabila beliau mengalami keretakan tulang belakangnya yang mungkin juga akan memusnahkan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Ada pula mengatakan sihir-sihir Brazil semuanya telah berpatah balik kepada pemain Brazil sehingga menghalang mereka untuk beraksi cemerlang. Haha adakah betul atau tidak, tidak saya ketahui. Mengikut kepada pengulas bola sepak begitulah hendaknya.

Namun begitu kesedihan mereka semestinya tidak dapt dibedung lagi kerana selaku tuan rumah sudah pastinya mereka menginginkan kemenangan di pihak mereka. Seperti kata-kata David Luiz di dalam tangisannya, " Saya hanya mahu membawa pulang kejayaan dan kegembiraan untuk orang saya (rakyat Brazil).




Suka buat Germany, Duka buat Argentina

Satu lagi kisah yang ingin saya kongsikan ialah perlawanan akhir piala dunia Brazil 2014 pada pagi tadi di antara pasukan Germany dengan pasukan Argentina, kemenangan telah memihak kepada pasukan Germany. Perlawanan akhir ini seolah-olah menjadi ulangan kepada akhir pada 1990 yang mana Argentina turut tumpas kepada Germany pada keputusan yang sama yakni 1-0.



Perlawanan akhir kali ini begitu mendebarkan kerana kedua-dua pasukan bermain dengan begitu baik dan mempunyai banyak peluang terhidang di hadapan pintu gol. Namun, jaringan Mario Gotze pada minit 113 telah menentukan pasukan Germany lebih layak menjadi juara dunia. 

Pasukan Germany meraihkan kejayaan mereka dengan begitu gembira dan mendedikasikan kejayaan mereka itu hanya untuk rakyat Germany. Mereka bersorak gembira, menjulang piala tersebut serta bergambar bersama seluruh pasukan mereka.



Kemenangan buat pasukan Germany. Sudah pastinya, suka buat Germany, tetapi duka buat Argentina kerana penantiannya selama 24 tahun tidak berjaya dilunaskan dengan kejayaan.



Tampak kesedihan di wajah pemain-pemain Argentina dan seluruh rakyatnya. Hero mereka, Lionel Messi tidak berjaya membawa piala dunia ke tanah air. Beliau begitu sedih kerana hanya itu kesempatan yang pasti ada untuk membawa piala tersebut pulang. 



Walaupun beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik piala dunia Brazil 2014, anugerah itu bukan lagi berharga bagi kerana masih tidak dapat memenuhi hasrat seluruh rakyat untuk membawa pulang piala itu. Beliau sangat sedih sehingga tidak lagi mampu senyum di wajahnya.

Redha atas ketentuan Illahi

Oleh itu, ' the moral of story ' ialah kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh, sedaya upaya, 100% all out untuk mengejar impian kita. Selebihnya kita menyerahkan segalanya kepada Allah selepas tiada daya lagi yang mampu diusahakan.

Tak kiralah sesusah mana atau sesukar manapun impian itu, yang penting kita telah berusaha yang terbaik. Setelah itu, redha atas apa yang telah Allah berikan dan Allah tetapkan pada kita ialah itulah yang terbaik untuk kita. Kerana sangat mustahil untuk Allah berlaku zalim pada hambanya.

Itulah bezanya kita dengan Messi, Neymar dan seluruh rakyat Argentina dan Brazil kerana kita ada Allah yang sentiasa akan ada untuk kita. Emm itulah sedikit pengajaran yang mampu saya kongsikan. Alhamdulillah..










No comments: