Monday, 14 July 2014

Piala Dunia Ajar Kita Untuk Redha

Assalamualaikum..

Salam Ceria semua. Maaflah kerana terlalu lama saya sudah mendiamkan diri dek kerana sibuk dgn beberapa urusan.

Ahamdulillah hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang piala dunia Brazil edisi 2014. Berkongsi serba sedikit mengenai suka duka yang berlaku di dalam event terbesar dunia ini. Piala dunia Brazil kali ini disertai oleh 32 pasukan terbaik dunia bagi merebut gelaran terbaik dunia itu. Antaranya ialah Brazil, Germany, Holland, Argentina, Costa Rica dan etc.



Sepanyol pulang awal

Pelbagai perkara yang telah berlaku untuk edisi piala dunia Brazil 2014 kali ini yang sempat saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Yakni dunia dikejutkan lagi apabila pasukan juara dunia edisi lepas iaitu Sepanyol telah menampilkan aksi yang lemah longlai sehingga diaibkan oleh Belanda di peringkat kumpulan lagi.



Belanda membelasah 5 berbalas 1 kepada Sepanyol bahkan terus terpalit malu apabila mereka terus kalah dengan negara Chile dengan 2-0. Sekaligus mematikan impian mereka untuk melangkah lebih jauh serta Sepanyol harus pulang lebih awal. Rakyatnya sungguh kecewa dengan prestasi pasukan harapan mereka mempamerkan aksi yang hambar.

Brazil Dimalukan Germany

Kemudian, saya ingin kongsikan kepada mengenai pasukan Brazil, pasukan tuan rumah kali ini diaibkan oleh Germany dengan begitu teruk. Mereka dibelasah sebanyak 7-1, iaitu 5 gol dijaringkan oleh Germany oleh separuh masa pertama dan 2 gol dijaringkan pada separuh masa kedua. 



Gol sagu hati yang disumbangkan oleh Oscar,pemain Brazil ketika perlawanan berbaki beberapa minit sahaja lagi yang tidak lagi mampu mengubah apa-apa. Ada mengata Brazil kalah kerana tiada Thiago Silva dan Neymar yang bermain dalam perlawanan tersebut.



Thiago Silva terlepas perlawanan tersebut kerana mendapatkan kad kuning yang kedua dan nasib buruk Neymar yang dihadapinya apabila beliau mengalami keretakan tulang belakangnya yang mungkin juga akan memusnahkan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Ada pula mengatakan sihir-sihir Brazil semuanya telah berpatah balik kepada pemain Brazil sehingga menghalang mereka untuk beraksi cemerlang. Haha adakah betul atau tidak, tidak saya ketahui. Mengikut kepada pengulas bola sepak begitulah hendaknya.

Namun begitu kesedihan mereka semestinya tidak dapt dibedung lagi kerana selaku tuan rumah sudah pastinya mereka menginginkan kemenangan di pihak mereka. Seperti kata-kata David Luiz di dalam tangisannya, " Saya hanya mahu membawa pulang kejayaan dan kegembiraan untuk orang saya (rakyat Brazil).




Suka buat Germany, Duka buat Argentina

Satu lagi kisah yang ingin saya kongsikan ialah perlawanan akhir piala dunia Brazil 2014 pada pagi tadi di antara pasukan Germany dengan pasukan Argentina, kemenangan telah memihak kepada pasukan Germany. Perlawanan akhir ini seolah-olah menjadi ulangan kepada akhir pada 1990 yang mana Argentina turut tumpas kepada Germany pada keputusan yang sama yakni 1-0.



Perlawanan akhir kali ini begitu mendebarkan kerana kedua-dua pasukan bermain dengan begitu baik dan mempunyai banyak peluang terhidang di hadapan pintu gol. Namun, jaringan Mario Gotze pada minit 113 telah menentukan pasukan Germany lebih layak menjadi juara dunia. 

Pasukan Germany meraihkan kejayaan mereka dengan begitu gembira dan mendedikasikan kejayaan mereka itu hanya untuk rakyat Germany. Mereka bersorak gembira, menjulang piala tersebut serta bergambar bersama seluruh pasukan mereka.



Kemenangan buat pasukan Germany. Sudah pastinya, suka buat Germany, tetapi duka buat Argentina kerana penantiannya selama 24 tahun tidak berjaya dilunaskan dengan kejayaan.



Tampak kesedihan di wajah pemain-pemain Argentina dan seluruh rakyatnya. Hero mereka, Lionel Messi tidak berjaya membawa piala dunia ke tanah air. Beliau begitu sedih kerana hanya itu kesempatan yang pasti ada untuk membawa piala tersebut pulang. 



Walaupun beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik piala dunia Brazil 2014, anugerah itu bukan lagi berharga bagi kerana masih tidak dapat memenuhi hasrat seluruh rakyat untuk membawa pulang piala itu. Beliau sangat sedih sehingga tidak lagi mampu senyum di wajahnya.

Redha atas ketentuan Illahi

Oleh itu, ' the moral of story ' ialah kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh, sedaya upaya, 100% all out untuk mengejar impian kita. Selebihnya kita menyerahkan segalanya kepada Allah selepas tiada daya lagi yang mampu diusahakan.

Tak kiralah sesusah mana atau sesukar manapun impian itu, yang penting kita telah berusaha yang terbaik. Setelah itu, redha atas apa yang telah Allah berikan dan Allah tetapkan pada kita ialah itulah yang terbaik untuk kita. Kerana sangat mustahil untuk Allah berlaku zalim pada hambanya.

Itulah bezanya kita dengan Messi, Neymar dan seluruh rakyat Argentina dan Brazil kerana kita ada Allah yang sentiasa akan ada untuk kita. Emm itulah sedikit pengajaran yang mampu saya kongsikan. Alhamdulillah..










Wednesday, 2 July 2014

Ohh Bahayanya Minum Sambil Berdiri

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Saya berharap saya dan para pembaca dapat menjalani Ramadhan dengan gembira dan excited..hehe sebab setahun hanya sebulan sahaja.

Entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit pencerahan mengenai kesihatan seharian kita. Okay, pernah tak anda ditanya oleh rakan-rakan anda, mengapa RASULULLAH SAW melarang umatnya minum sambil berdiri??
Jika ada, hari ini saya akan berkongsi kepada anda, jawapannya..... 




MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

Dari segi kesihatan

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. 

Benar, penyakit kristal ginjal.Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya. Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.



Menjadi lebih buruk

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri" .Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.




Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. 



Perlanggaran makanan yang masuk

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: 

"Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
 

(HR Bukhari).



Hikmah ikut Nabi SAW

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi Air Masak

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.



INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu. Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri. Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!! 

Indahnya Islam jika penuh dengan adab. Nabi SAW diturunkan untuk membaiki akhlak manusia seluruh alam. Baginda SAW dipilih oleh Allah SWT sebagai contoh terbaik (Qudwah Hasanah) untuk menjalani kehidupan. Sama-sama kita amalkan insyaAllah..

Tuesday, 1 July 2014

Ramdhan Tiba Lagi, Anda Sudah Bersedia?

Assalamualaikum.

Salam ceria semua. Ramadhan telah tiba. Baru 2 hari sahaja kita telah memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah yang sangat ditunggu kedatangannya oleh semua umat manusia. Bagaimana?? Apa pula azam Ramadhan para pembaca sekali.



Ramadhan merupakan antara nikmat terbesar yang Allah telah beri pada umat. Dalam setahun tuh cuma ada 29/30 hari sahaja dan Allah beri 'bonus berganda' pada umat ini yang mana Allah beri ganjaran pahala berganda-ganda pada  ibadah fardu dan Dia beri ganjaran pahala untuk ibadah sunat serupa pahala ibadah fardu.

Jadi, tak akan nak biarkan Ramadhan kali ini sama sahaja macam ramadhan yang lalu. Oleh itu, kita sama-sama memasang azam untuk mengisi  Ramadhan yang mendatang ini dengan pelbagai ibadah dan amal kebaikan seperti sedekah, membaca Al-Quran, solat terawih dan yang lain-lain.


Memetik lirik lagu dari Raihan & Man Bai:


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,

Agar dapat kulalui dengan sempurna..
 

Walaupun begitu, seringkali kita dengar masalah-masalah dan keluhan-keluhan yang diutarakan oleh seluruh lapisan masyarakat kita yang akan menghadapi Ramadan yang mulia ini. Saya cuba kongsikan beberapa keluhan tersebut dengan anda dengan beberapa pengalaman serta solusi yang boleh diselitkan.

Mengantuk & Letih


Para PEKERJA & PELAJAR, kemungkinan ada yang mengalami rasa mengantuk dan letih berpuasa. Tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja atau semasa sesi pembelajaran. Seringkali mendapat teguran daripada majikan. Manakala ada sesetengah pelajar tertido di dalam kelas bahkan menjadikan mereka tidak aktif.  



Ini perkara biasa, tetapi setiap masalah perlulah ada solusinya kan? Ingat, puasa ini sebenarnya ia membuatkan lebih sihat, dan fokus terhadap kerja. Zaman Nabi s.a.w dahulu pun, baginda bersama para sahabat boleh berperang sehingga mencatatkan kemenangan dan ketika itu juga berpuasa seperti kita.

Yang penting, kita tiru dan contohi semangat Baginda serta aplikasikan semangat itu untuk menambah amal kebaikan kita. InsyaAllah.. 


Uzur & Dehidrasi

Masalah ini seringkali dihadapi oleh warga emas yakni kebanyakan mereka sudah mula berkurangan kekuatan dan tenaga mereka. Tambahan pula, cuaca di Malaysia sekarang yang begitu panas, kenaikan suhu serta bakal menghadapi fenomena el-Nino (maaf kalu sala eja ya) yang akan menyukarkan mereka untuk memanfaatkan bulan yang mulia.
  
Pengakuan seorang jururawat juga mendapati WARGA TUA adalah antara mereka yang sering dimasukkan ke hospital pada bulan Ramadhan disebabkan dehidrasi.



Kebanyakan golongan emas mahu menghabiskan sisa-sisa umur mereka kepada Allah SWT. Mereka mahu cover balik kelekaan mereka ketika muda dahulu. Bahkan menambah seberapa banyak amalan kebaikan sebelum mereka dipanggil menghadap Allah SWT.

Maka mereka teringin hendak berpuasa tetapi dalam masa yang sama keuzuran tubuh badan mereka tidak mampu menampung nutrisi dan air secukupnya sepanjang berpuasa.

Jika ini yang berlaku kepada ibubapa kita, alangkah sedihnya kan? Sebolehnya kita sebagai anak mahukan yang terbaik untuk kesihatan mereka agar mereka dapat terus beribadah dengan sempurna.



Gastrik

Masalah gastrik biasa menyerang dan semua orang berisiko untuk menghadapinya. Ianya berlaku apabila tahap keasidan yang tinggi di dalam perut akibat proses peneutralan ynag terganggu.

Keadaan keasidan yang melampau ini akan menyebabkan dinding-dinding perut terhakis. Ini boleh menyumbang kepada keradangan dan ulser perut sekiranya dibiarkan berlarutan dan tidak dirawat.
  


Perunding Pembedahan Gastroinstestin Puasat Perubatan Tropicana, Dr Kwan Leong pernah berkata, individu yang mengalami gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah.

Jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti yang disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.

Tak Lalu Makan & Lemah Badan 

Masalah ini kebanyakkannya dilalui oleh semua ibu mengandung yang berpuasa. Tanyalah kepada isteri anda bagaimana mereka melalui keadaan sukar ini.


Apabila selalu muntah dan tak lalu makan, kemungkinan besar badan akan menjadi lemah dan dehydrated. Kemungkinan ramai yang mengambil minuman isotonik seperti 100 Plus yang bergas dan tidak baik untuk perut, bagi mengekalkan kandungan air di dalam badan.
 


Kesukaran Menyusu

Para IBU MENYUSU juga, menghadapi masalah di bulan Ramadhan yang menyukarkan mereka untuk terus berpuasa pada masa yang sama juga menyusukan anak mereka.

Mengikut beberapa pengalaman, ramai yang mengatakan berpuasa semasa menyusu lebih sukar berbanding berpuasa semasa mengandungkan anak.

 


Ini kerana air dalam badan sentiasa digunakan untuk penghasilan susu. Kalau pada hari biasa, ibu menyusu disarankan minum 3 liter air sehari. Tapi pada bulan puasa, agaklah sukar untuk meminum sebanyak ini.


Jika ibu menyusu tidak minum air secukupnya pada waktu malam selepas berbuka, badan akan mengalami dehidrasi (kekurangan air) dan mungkin akan merasa lebih lapar, dahaga, letih dan mengantuk pada waktu siang.

Sembelit juga adalah salah satu masalah biasa bagi ibu menyusu semasa berpuasa. Perkara- perkara ini mungkin akan menyebabkan stres yang berlebihan, seterusnya mengganggu penghasilan susu ibu.

Maka, berlakulah masalah kekurangan stok susu untuk anak yang ditinggalkan ketika ibu keluar bekerja. Saya sendiri sudah berjumpa ramai ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika di bulan puasa.
 
Melatih anak-anak berpuasa

Apabila anak-anak berumur antara 7 dan 8 tahun, kebanyakan ibubapa ingin melatih anak mereka berpuasa untuk membiasakan mereka berpuasa setelah mencapai akil baligh. 

Ketika dalam proses belajar puasa ini, anak-anak menghadapi keadaan yang mencabar yakni mereka perlu menahan lapar dan dahaga dalam cuaca sekarang yang kian panas ketika usia masih muda.



Kekadang belum sampai tengahhari pun, mereka sudah bertanya, " ayah...ibu..., saya lapar lah..lama lagi ke??" sambil menunjukkan muka yang letih.
 

Emm kesian sungguh apabila melihat mereka begitu. Ibubapa mana yang tak sedih melihat anak sebegitu. tetapi pepatah Melayu berkata "melentur buluh biar lah dari rebungnya." Jadi, kita perlu pasti mereka bersahur dengan makanan yang sesuai untuk mengekalkan tenaga mereka. 

Bagaimana hendak menghadapinya?

Setelah bercerita mengenai berbagai-bagai masalah ini, apakah agaknya solusi yang ingin kita ambil. Tak kan nak biarkan keletihan dan keluhan tersebut menganggu ibadah kita di bulan Ramadhan Kareem ini.

Kita merancang ingin memperbanyakan membaca al-Quran, solat2 sunat seperti terawih dan tahajjud bahkan ingin memberi sedekah kepada masjid secara konsisten selama sebulan. Ade pula yang ingin menjamu orang yang berbuka puasa serta memberi sumbangan kepada fakir dan miskin serta anak-anak yatim.

Wah, hebat plan anda di bulan mulia ini. Tetapi bagaimana anda ingin menjayakan jika anda sering letih. Jangan risau dengan masalah ini, setiap masalah pasti ade penyelesaian termasuk yang ini. Jika anda bertanya kepada saya, saya cadangkan suplemen Set Mighty 3 Gems ini mengandungi Performance Drink, Energizing Soy Protein (ESP) dan Meal Shakes.

Suplemen Set Mighty 3 Gems  

Ramai yang telah mengambil inisiatif terutama ibu mengandung dan menyusu dengan mengambil set mighty 3 gems ini agar kekal bertenaga di Bulan Ramadhan. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak yang baru mula belajar puasa.

 




Performance Drink (PD)

  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi, seperti fungsi minuman isotonik
  • Membekalkan tenaga serta merta dan berterusan tanpa menggangu kestabilan gula dalam darah
  • Sesuai untuk semua golongan, terutama yang bekerja di tengah panas dan kerap berpeluh
  • Kanak-kanak demam pun disarankan mengambil PD untuk mengelakkan dehidrasi bila tiada selera makan

Energizing Soy Protein (ESP) 
  • Membekalkan protein berkualiti tinggi dan kalsium pada badan
  • Komponen terbesar susu ibu adalah protein, kalsium dan air. Maka, pengambilan ESP sangat membantu menjadikan susu ibu lebih pekat dan berkualiti, resulting baby cepat kenyang.
  • Membantu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa jika diambil ketika bersahur. Ini kerana ESP mempunyai kadar glisemik indeks yang rendah iaitu 39 dan dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada badan
  • ESP boleh meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin, ketidakselesesaan perut terutamanya untuk penghidap gastrik ketika berpuasa

Meal Shakes
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Sarapan segera yang sangat sesuai bagi yang ingin bersahur secara 'ekspres'
  • Sesuai untuk menu bersahur kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, kerana dapat membekalkan nutrisi dalam badan dan rasanya yang sedap seperti vanilla aiskrim
  


Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya menyelesaikan masalah mereka dari segi tenaga bahkan dapat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat terawih dengan lebih bersemangat dan bertenaga. 

Semoga ia menjadi sesuatu asbab yang berguna untuk merapatkan hubungan kita dengan Allah serta melaluibulan Ramadhan pada tahun ini dengan lebih cemerlang dan berkesan berbanding tahun lepas. Moga-moga azam Ramadhan kali ini kita dapat lakukan dengan jayanya..Amiiinnnn..

Terima Kasih Allah..Terima Kasih juga kepada para pembaca..