السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
TAZKIRAH HARI INI
MALU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
وعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً, وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِن الْإِيمَانِ
"Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. Daripada Nabi S.A.W. bersabda, Iman terdiri daripada lebih dari enam puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian -bahagian iman."
Baginda bersabda lagi yang bermaksud ; “Antara perkataan yang biasa diucapkan oleh nabi-nabi terdahulu bahawa jika kamu sudah tidak mempunyai rasa malu, buatlah apa yang kamu suka.”
(HR: al-Bukhari)
(HR: al-Bukhari)
PENCERAHAN :
Hadis di atas memberi beberapa pengajaran bahawa seseorang yang hilang perasaan malunya, maka tidak ada sesuatu yang dapat menghalangnya dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah. Rasulullah saw memberitahu:

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.”
(HR: Ibn Majah)
(HR: Ibn Majah)
Ambillah contoh pohon semalu;
1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini diibaratkan wanita tidak boleh membiarkan dirinya disentuh lelaki ajnabi.
2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Wanita perlu tahu menjaga maruah diri sebagai seorang wanita muslim.
3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Wanita solehah perlu mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah SWT.
4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Para wanita kembalilah ke rumah apabila waktu semakin senja.

Perasaan malu juga akan mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara yang menyanggahi agama.
Namun, perasaan malu perlu dibuang apabila hendak melakukan kebaikan.. ironinya, ada orang yang malu nak pergi masjid, malu nak duduk depan dalam majlis ilmu, malu nak bersedekah, malu nak pakai tudung labuh, malu nak berkopiah, malu nak memberi salam, malu nak bertanya dan seumpamanya. Ganjil sungguh perangai manusia. Ibarat malu-malu nak masuk syurga Allah! Tetapi tiada swgan silu nk 'masuk' neraka!
KESIMPULAN:
Malu kepada kejahatan itu adalah sebuah tembok atau perisai yang akan mencegah seseorang itu melakukan kemungkaran manakala malu melakukan kebaikan itu hanyalah akan mengundang kemurkaan Allah dan menjerumuskan diri sendiri ke dalam jurang kebinasaan.
Wallahu'alam
*********************************************************************************
Sekian perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment