Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang latar belakang Kepercayaan Masyarakat Malaysia. Saya telah diberi tugasan menulis tentang topik ini, jadi apa lah salah jika saya berkongsi kepada pembaca sekalian.
Latar Belakang Kepercayaan Masyarakat Malaysia
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang telah menghimpunkan pelbagai kaum, adat dan budaya serta kepercayaan dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak. Antara kaum terbesar di Malaysia ialah Melayu, kemudiannya Cina dan India, ditambah lagi dengan kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Mereka mempunyai sejarah yang tersendiri sehingga mengumpulkan beberapa kaum ini dan berjaya membentuk masyarakat majmuk yang harmoni. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yg membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931.
Kaum Melayu
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu dan mereka mempunyai kepercayaan tersendiri. Majoriti masyarakat Melayu ini beragama Islam dan beramal dengan ajaran agama Islam.Agama Islam ialah sebuah agama yang berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Al-Quran menjadi asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat serta panduan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.
Islam ialah agama yg paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk melahirkan manusia mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percayakepada kekuasan ALLAH semata-mata.
Selain itu, matlamatnya untuk melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan mereka bahkan melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.
Kepentingan Agama Islam
Namun begitu, masyarakat Jawi ini terkenal dengan sejarah mengenai pengaruh Hindu Buddha di Tanah Melayu. Pemujaan Raja melebih-lebih suatu ketika dahulu dalam masyarakat Melayu menjadi cerminan kepada pengaruh tersebut. Bahkan masyarakat Melayu terkenal dengan amalan khurafat yang terdapat dalam adat kepercayaan mereka, antaranya ialah adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya.
Pentingnya agama Islam ini kepada masyarakat Melayu dalam memimpin mereka ke jalan yang benar. Agama ini telah menjadi panduan masyarakat Melayu dalam perjalanan hidup mereka sehingga meninggalkan adat-adat yang telah bertentang kepada ajaran Islam.
Masih terdapat adat yang dikekalkan seperti adat membelah mulut, adat melaungkan azan dan iqamah kepada bayi yang baru lahir. Jelaslah disini bahawa masyarakat Melayu telah mengambil nilai-nilai murni yang terdapat dalam ajaran Islam untuk diamalkan sebagai cara hidup mereka yang lebih baik.
Kaum Cina
Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu telah mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Kebanyakan mereka akan membawa bersama agama dan kepercayaan mereka anuti dan kekal beramal tanpa sekatan.
Antara agama atau kepercayaan yang mereka amalkan oleh masyarakat cina ialah fahaman Taoisme. Fahaman Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi. Taoisme pernah menjadi agama rasmi negara China dalam abad ke – 7 hingga abad ke – 10 pada masa pemerintahan Dinasti Tang.
Fahaman Confucianisme
Satu anutan yg popular di kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme.
Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze (Confucius) yang dilahirkan pada tahun 551 S.M dan meninggal dunia pada usia 72 tahun. Antara ajaran yang diterapkan dalam fahaman Confucianisme ialah konsep kekeluargaan dalam Confucianisme yang menyemai kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberat.
Selain itu, ajaran tersebut juga menerapkan konsep Yin dan Yang. Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian.
Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap dan pasif. Antara perayaan yang menjadi sambutan kaum Cina ialah perayaan Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, dan Perayaan Kuih Bulan.
Kaum India
Masyarakat India yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yg diamalkan dari India. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh2 India bermula sebagai pekerja di ladang2 tebu dan kopi di Seberang Prai.
Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama Hindu merupakan sebuah agama yang berkonsepkan tentang kepercayaan kepada banyak Tuhan. Agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak Tuhan. Antara Tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung), dan Siva (Tuhan Pembinasa).
Selain itu, agama Hindu juga mempunyai kepercayaan mengenai konsep karma dan kelahiran semula. Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yg terdahulu. Unsur yg menentukan kasta mana yg bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
Sistem Kasta
Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu yang pertama Brahmin, terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta. Kemudiannya ialah Ksyatria yang terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.
Selepas itu ialah Vaisya yang terdiri dari rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta. Kemudian yang akhirnya ialah Sudra yang terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.
Antara ciri-ciri kepercayaan di dalam agama Hindu ini ialah mengenai kitab-kitab Veda mereka. Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Begitulah indahnya variasi dan kemajmukan masyarakat yang ada di Malaysia ini, masing-masing mempunyai keunikan tersendiri yang terdapat dalam adat dan budaya masing-masing. Dengan keharmonian inilah yang akan menguatkan lagi perpaduan di Malaysia, iaitu mereka saling melengkapi dan memahami antara satu sama yang lain.
Pada masa akan datang, insyaAllah akan disambungkan pula mengenai beberapa etnik dalam masyarakat Sabah dan masyarakat Sarawak yang menambahkan lagi keharmonian kepada Negara Malaysia yang tercinta ini. Mudah-mudahan akan teruslah bersatu masyarakat di Malaysia ini walaupun berbeza adat dan budaya.
Terima kerana sudi membaca....
Ingin mendapatkan vitamin semulajadi untuk keperluan kesihatan anda,
mahu mendapatkan konsultan percuma..
Sila hubungi saya...
AhMad FiRdaus
Shaklee ID 1145815
0176976162
alimboy26@yahoo.com.my
Anda ingin tahu apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki? Sila download ebook ini, SORRY BOSS !!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Ditulis berdasarkan kisah benar.
Salah satu topik dalam bab ebook ini adalah amalan yang menjemput rezeki datang. Sila DOWNLOAD PERCUMA. KLIK DI SINI